Tuesday, 4 February 2020

Latihan Fungsi - menerangkan fungsi menggunakan perwakilan grafik dan tatatanda- Latih Diri 1.1

Tajuk Fungsi,
Silibus Matematik Tambahan baru  2020
Tingkatan 4
 
Video kali ni Cikgu Syu menjawab soalan latihan dari buku teks, muka surat 5 iaitu ‘Latih Diri 1.1’. Latihan ini adalah di bawah subtopik 1.1 Fungsi iaitu menerangkan fungsi menggunakan perwakilan grafik dan tatatanda. Latihan ini mempunyai 3 soalan.
 
Soalan pertama: 
Pelajar perlu tentukan adakah hubungan yang diberikan adalah fungsi atau tidak dan perlu sertakan bersama alasan yang kukuh. Alasan yang paling ringkas dan tepat adalah “ setiap objek akan mempunyai satu imej”. Jadi, hubungan yang bukan fungsi adalah apabila objek mempunyai lebih dari satu imej atau jika objek tidak mempunyai imej. 
 
Soalan Kedua:
Pelajar perlu menentukan graf yang diberi adalah fungsi atau tidak dengan menggunakan ujian garis mencancang. Apabila graf di uji dengan menggunakan garis mencancang, garis itu memotong graf hanya pada SATU TITIK sahaja. Jika garis tersebut memotong graf lebih pada satu titik bermakna graf tersebut bukan fungsi. 
 
Soalan Ketiga: 
Pelajar perlu mencari tatatanda fungsi bagi setiap gambar rajah anak panah. Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu memastikan tatatanda fungsi yang diberikan adalah betul untuk semua objek di dalam domain di mana setiap nilai objek mempunyai nilai imej mengikut tatatanda fungsi tersebut. 
 
Tonton video untuk lebih faham. Buku yang Cikgu Syu guna adalah Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk silibus baru, 2020. 
 
Jangan lupa untuk Subscribe, like dan Share. See you for next video! 
 
Like dan follow juga Cikgu Syu di Facebook Page https://www.facebook.com/addmathhometuition/
Cikgu Syu 
Since 2010
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment