Tuesday 11 February 2020

Latihan Fungsi - Latih Diri 1.3- Menentukan imej suatu fungsi apabila objek diberi dan sebaliknya

Tajuk Fungsi,
Silibus Matematik Tambahan baru  2020
Tingkatan 4

Video kali ni Cikgu Syu menjawab soalan latihan dari buku teks, muka surat 10 iaitu ‘Latih Diri 1.3’. Latihan ini adalah di bawah subtopik 1.1 Fungsi iaitu menentukan imej suatu fungsi apabila objek diberi dan sebaliknya. Latihan ini mempunyai 5 soalan. 

Soalan pertama:
 -mencari nilai imej apabila nilai objek telah diberikan. Untuk mencari nilai imej, nilai objek tersebut akan digantikan ke dalam x. 

Soalan kedua: 
-mencari nilai ‘unknown’ apabila nilai objek dan nilai imej telah diberikan. Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu mengantikan nilai objek ke dalam x dan samakan persamaan tersebut dengan nilai imej. 

Soalan ketiga: 
-mencari nilai imej apabila nilai objek diberikan untuk fungsi mutlak. Jika mencari nilai imej, jawapan akhir perlu positif kerana fungsi tersebut mempunyai modulus di mana modulus memberi nilai akhir adalah positif. -mencari nilai objek apabila nilai imej diberikan. Cara menghilangkan modulus adalah memberi nilai negatif dan positif terhadap nilai imej. Oleh itu, kita akan dapat dua nilai objek bila melibatkan fungsi mutlak. 
-mencari domain bagi fungsi mutlak apabila fungsi tersebut lebih besar atau lebih kecil. Untuk mencari domain tersebut, pelajar perlu faham dan hafal kerana memberi jalan kerja yang berbeza bila melibatkan lebih besar dan lebih kecil. 

Soalan keempat: 
-Mencari nilai g(x) = x bagi fungsi mutlak. Cara nak menyelesaikan masalah ini adalah sama seperti soalan ketiga di mana cara menghilangkan modulus tersebut adalah memberi nilai negatif dan positif terhadap nilai imej. Jadi, jawapan akhir akan memberikan dua nilai x. 

Soalan kelima: 
-mencari 2 “unknown” di dalam tatatanda fungsi di mana soalan memberikan 2 fungsi yang mempunyai nilai objek dan imej. Cara penyelesaian adalah dengan menyelesaikan persamaan serentak bagi mencari nilai ‘unknown’ tersebut. 

Tonton video untuk lebih faham. Buku rujukan Cikgu Syu adalah Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk silibus baru, 2020. 

Jangan lupa untuk Subscribe, like dan Share. See you for next video! 

Like dan follow juga Cikgu Syu di Facebook Page https://www.facebook.com/addmathhometuition/

Cikgu Syu 
Since 2010

Latihan Fungsi- Latih Diri 1.2- Menentukan domain dan julat bagi suatu fungsi.

Tajuk Fungsi,
Silibus Matematik Tambahan baru  2020
Tingkatan 4


 Video kali ni Cikgu Syu menjawab soalan latihan dari buku teks, muka surat 9 iaitu ‘Latih Diri 1.2’. Latihan ini adalah di bawah subtopik 1.1 Fungsi iaitu menentukan domain dan julat bagi suatu fungsi. Latihan ini mempunyai 2 soalan. 

Soalan pertama: 
Pelajar perlu tentukan domain, kodomain dan julat bagi setiap fungsi. Ada 3 jenis perwakilan fungsi untuk soalan ini iaitu dalam bentuk graf, gambar rajah anak panah dan dalam bentuk fungsi mutlak. Bagi menentukan domain, kodomain dan julat bagi ketiga-tiga perwakilan itu mungkin sedikit berbeza antara satu sama lain. 

Soalan Kedua: Pelajar perlu melakarkan graf fungsi berdasarkan domain yang diberi dan menyatakan julat yang sepadan bagi graf tersebut. Bagi melakarkan graf, pelajar WAJIB menggunakan pensil. 

Tonton video untuk lebih faham. Buku rujukan Cikgu Syu adalah Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk silibus baru, 2020. 

Jangan lupa untuk Subscribe, like dan Share. See you for next video! 

 Like dan follow juga Cikgu Syu di Facebook Page  https://www.facebook.com/addmathhometuition/

 Free templates Youtube intro from The Teacher. Thank You! 

Cikgu Syu 
Since 2010 









Tuesday 4 February 2020

Latihan Fungsi - menerangkan fungsi menggunakan perwakilan grafik dan tatatanda- Latih Diri 1.1

Tajuk Fungsi,
Silibus Matematik Tambahan baru  2020
Tingkatan 4
 
Video kali ni Cikgu Syu menjawab soalan latihan dari buku teks, muka surat 5 iaitu ‘Latih Diri 1.1’. Latihan ini adalah di bawah subtopik 1.1 Fungsi iaitu menerangkan fungsi menggunakan perwakilan grafik dan tatatanda. Latihan ini mempunyai 3 soalan.
 
Soalan pertama: 
Pelajar perlu tentukan adakah hubungan yang diberikan adalah fungsi atau tidak dan perlu sertakan bersama alasan yang kukuh. Alasan yang paling ringkas dan tepat adalah “ setiap objek akan mempunyai satu imej”. Jadi, hubungan yang bukan fungsi adalah apabila objek mempunyai lebih dari satu imej atau jika objek tidak mempunyai imej. 
 
Soalan Kedua:
Pelajar perlu menentukan graf yang diberi adalah fungsi atau tidak dengan menggunakan ujian garis mencancang. Apabila graf di uji dengan menggunakan garis mencancang, garis itu memotong graf hanya pada SATU TITIK sahaja. Jika garis tersebut memotong graf lebih pada satu titik bermakna graf tersebut bukan fungsi. 
 
Soalan Ketiga: 
Pelajar perlu mencari tatatanda fungsi bagi setiap gambar rajah anak panah. Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu memastikan tatatanda fungsi yang diberikan adalah betul untuk semua objek di dalam domain di mana setiap nilai objek mempunyai nilai imej mengikut tatatanda fungsi tersebut. 
 
Tonton video untuk lebih faham. Buku yang Cikgu Syu guna adalah Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk silibus baru, 2020. 
 
Jangan lupa untuk Subscribe, like dan Share. See you for next video! 
 
Like dan follow juga Cikgu Syu di Facebook Page https://www.facebook.com/addmathhometuition/
Cikgu Syu 
Since 2010