Tuesday, 11 February 2020

Latihan Fungsi - Latih Diri 1.3- Menentukan imej suatu fungsi apabila objek diberi dan sebaliknya

Tajuk Fungsi,
Silibus Matematik Tambahan baru  2020
Tingkatan 4

Video kali ni Cikgu Syu menjawab soalan latihan dari buku teks, muka surat 10 iaitu ‘Latih Diri 1.3’. Latihan ini adalah di bawah subtopik 1.1 Fungsi iaitu menentukan imej suatu fungsi apabila objek diberi dan sebaliknya. Latihan ini mempunyai 5 soalan. 

Soalan pertama:
 -mencari nilai imej apabila nilai objek telah diberikan. Untuk mencari nilai imej, nilai objek tersebut akan digantikan ke dalam x. 

Soalan kedua: 
-mencari nilai ‘unknown’ apabila nilai objek dan nilai imej telah diberikan. Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu mengantikan nilai objek ke dalam x dan samakan persamaan tersebut dengan nilai imej. 

Soalan ketiga: 
-mencari nilai imej apabila nilai objek diberikan untuk fungsi mutlak. Jika mencari nilai imej, jawapan akhir perlu positif kerana fungsi tersebut mempunyai modulus di mana modulus memberi nilai akhir adalah positif. -mencari nilai objek apabila nilai imej diberikan. Cara menghilangkan modulus adalah memberi nilai negatif dan positif terhadap nilai imej. Oleh itu, kita akan dapat dua nilai objek bila melibatkan fungsi mutlak. 
-mencari domain bagi fungsi mutlak apabila fungsi tersebut lebih besar atau lebih kecil. Untuk mencari domain tersebut, pelajar perlu faham dan hafal kerana memberi jalan kerja yang berbeza bila melibatkan lebih besar dan lebih kecil. 

Soalan keempat: 
-Mencari nilai g(x) = x bagi fungsi mutlak. Cara nak menyelesaikan masalah ini adalah sama seperti soalan ketiga di mana cara menghilangkan modulus tersebut adalah memberi nilai negatif dan positif terhadap nilai imej. Jadi, jawapan akhir akan memberikan dua nilai x. 

Soalan kelima: 
-mencari 2 “unknown” di dalam tatatanda fungsi di mana soalan memberikan 2 fungsi yang mempunyai nilai objek dan imej. Cara penyelesaian adalah dengan menyelesaikan persamaan serentak bagi mencari nilai ‘unknown’ tersebut. 

Tonton video untuk lebih faham. Buku rujukan Cikgu Syu adalah Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk silibus baru, 2020. 

Jangan lupa untuk Subscribe, like dan Share. See you for next video! 

Like dan follow juga Cikgu Syu di Facebook Page https://www.facebook.com/addmathhometuition/

Cikgu Syu 
Since 2010

No comments:

Post a Comment